Monday, April 2, 2012

Petikan Ustaz Zahazan Mohamed

* Jika ada org bicara mngenai kt diBlakang,itu adlh tanda bhw kt sdh ada DI DEPAN...

* Saat org bicara Mrendahkn diri kt, itu adlh Tanda bhw kt sdh brada di tempat yg LEBIH TINGGI...

* Saat org Bicara dgn Nada iri mngenai kt, itu adlh tnda bhw kt sdh jauh LEBIH BAIK dr Mereka...

*Saat org Bicara Buruk mengenai kt, padahal kt tdk prnah Mngusik khidupn Mrk, itu adlh tanda bhw khidupn   kt sbenarnya LEBIH INDAH dr mereka...

"Payung tdk dpt mnghentikn Hujan, tp dpt mmbuat kita Brjalan mnembus hujan utk Mncapai Tujuan......!! 

Thursday, March 29, 2012

Suka Duka Kehidupan Ceklah Di Kepong..Huhuhuhu


Arini 29.3.2012 pukul 1.18 pg...makna kata aku tulis ni waktu ni la...n genap la arini 6 tahun sebulan lebih sikit aku bermaustatin di Apartment Mutiara Magna, Kepong Prima. Masa aku pindah sini Icha baru umuq 4 bulan n time aku nak pindah rawang, Bahera umur 53 hari...hurmmm...dok sini sempat aku bersalin 2 orang...kat rawang nnt, dpt lagi 1 or 2 lagi..hehe..aku mmg suka budak2...paling suka bila budak suka makan apa yg aku masak..tp anak2 aku ni suka komplen aku masak..tp makan byk...paling best klu masak kat afif n aimin...hehe..xpenah cerewet...semua aku masak semua depa kata sedap...aku ni mmg garang ngan budak2 tp aku suka klu aku dikelilingi anak2 menakan...klu bueh sgt  meluat pulak..huhu

Ari sabtu ni aku nk pindah rawang, muktamad dah..asik bertangguh ja laki aku tu...lagipon umah aku dok skrang ni dah ada penyewa...elok la kami pindah...ada jugak sumber kewangan untuk menampung nafsu2 buas aku nk soping..hehe..semua duit sewa 2bijik umah aku ni masuk lam poket aku tau...tu perjanjian aku ngan mie masa nak buat goverment loan bli umah rawang....mana aci...gaji aku depa tolak banyak...hahaha..gelak besaq la aku..gaji bertambah balik..elok2...

Sejak aku dok sini terlalu byk suka duka, kami dok sini xsampai 2 tahun, moto kesayangan laki aku hilang..ex5 je pon..tp masa tu moto tu la byk berjasa kat kami n waktu tu kami xbrapa nak ada duit, juai laksa lagi tepi jalan simpang 4 depan umah aku ni...xdak moto camna kami nak menega...2 minggu laki aku jd senget benget...igt senang ka nak bli moto baru..??? makan masa ooo...kena himpun down payment cek oiii...masa tu gaji bukan byk ponnn...lepaih 6 bulan moto hilang, rumah aku pulak jebon mana masuk xtau..abes rosak pintu grill n pintu umah aku...dia masuk stakat amik tabung ja pon...ada la lam tu rm100 lebih..yg barang kemas aku dia xamik..bengong punya pencuri..tp nasib dia xamik..klu dak..qeyau xberlagu la aku...sanggup berhutang ooooo gelang punya pasai....hahah..

Mai tahun 2008, laki aku masuk HAI O, dari situ la kami senang sikit, tapi jodoh kami ngan HAI O xlama..2 tahun sj...dari mtg2 hai o, kelas2 yg kebanyakannya untuk membina jati diri supaya tidak mudah tewas di pentas kehidupan..ceeeewaaahhhh...hebat kau ceklah..haha...mie mula belajaq konfiden....dari situ kami naik sikit2 smpai la senang la sikit dari dulu...hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Hidup kami anak beranak semakin beransur senang, tp masa aqish dejah satu, kes yg xdapt aku lupakan...yg mmbuatkan hari2 aku ajak mie pindah, tp mie xmau pindah...dia kata nk pindah mana...sini kan umah kita...aku pujuk hati, masa tu aku mengandung bellina 2 bulan....lama2 kisah nak pindah sengap macm tu saja...

Bulan April 2011, peristiwa xleh lupa, kete laki aku hilang, masa tu rasa gelap dunia, bukan apa..qeta tu baru nk masuk 2 tahun kami pakai, tup2 hilang...hutang ngan bank xabes lg..nak menanggung hutang seumuq idup cek oii...byk ooo...tp kami laki bini redha...tp semua ALLAH dah tentukan, setiap manusia diuji,. jenis ujian yg berbeza,  klu xsilap aku 4.5.2011 kot qeta aku jumpa balik...Ya ALLAH..bersyukur sangat...sampai la ni klu laki aku parking qeta kat bawah...aku mesti bangun tgh malam tengok qeta aku ada ka xdak...risau oooo...klu laki aku parking jauh sikit, xnampak dr pandangan mata aku dari celah tingkap bilik aku ni..aku tdoq xlena...esok pepagi...aku kluaq p tengok dulu..smpai la ni..ni malam ni laki aku parking btoi2 bwah umah aku...hehe..tdoq lena la..apalg..laki aku pon mluat nak parking jauh3...sebb bila tengah malam aku akan terjaga..tanya, 'mie..mie..awak parking qeta kat mana..sy xnmpak pon'...haha..klu dh hari2 kena kejut..mau xmeluat dia ngan aku..senang crita, parking bwah umah aku...dia pon leh tdoq lena..xkacau dah..hehe..aku bukan apa..dah jd fobia...

Plan aku bila pindah rawang ni, aku igt nk cari kedai hat elok, seswai n murah sikit, nak bukak Lovely Paradise aku ni...aku igt kali ni kena menega btoi2...satg aku kena ketuk kepala ngan kakak aku..naya ja...hehe..tp bisnes laksa aku ttp akan berjalan jugak berseiringan ngan butik aku ni...lagipon bibik aku dari indon yg bapak aku sruh pakcik aku kat sana dh nak sampai ari isnin ni..Mintak2 la bibik ni baik dan boleh jaga anak2 aku mcm anak2 dia..mudah-mudahan...amin...

Aduhh..duhh...duhhh...mata aku mengantuk pulak dah..nnt la sambung balik..byk lagi ni klu nak crita, tu xcrita lagi jusco depan umah aku ni...kedai cosway, seven eleven, maybank..ishhh..lenkali la aku crita..menguap 2 3 kali dah ni..huarrrghhhhhh...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 22, 2012

INFO

bayi anda sering menangis?      

Pernah tak anda mengalami pada suatu malam tanpa sebarang kejadian secara tiba-tiba anak anda menangis. Pelbagai usaha anda lakukan. Mungkin di fikiran anak kecil itu mengalami perut kembung, gusi gatal (tumbuh gigi) ataupun ingin menyusu. Memang tidak dinafikan perut bayi boleh kembung disebabkan menangis dan pelbagai lagi. Namun apa yang tidak disedari adalah gangguan makhluk halus yang mungkin mengekori anda dari luar rumah mahupun yang menumpang di dalam rumah anda.
Info ini adalah petua dari pengamal perubatan islam serta beberapa pendapat ulama agama

Andai anda syak bahawa bayi anda ‘diganggu‘ oleh mahluk ini, janganlah marah, panik serta gelisah. Ikuti langkah berikut:
Andai diluar rumah, masuklah segera ke dalam rumah/kereta. Azankan ditelinga kanan bayi itu. 
Setelah itu, bacalah ayat Kursi dengan suara yang jelas sebanyak 3 kali dan diikuti dengan Surah Al-Fatihah dan 3 Qul dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Sebaik-baiknya si ibu yang membacakan ayat tersebut kerana ianya lebih afdal. InsyaAllah, dengan izin dari Allah S.W.T keadaan bayi anda akan kembali seperti biasa.
Kesimpulannya, apabila bayi menangis tanpa henti lama kelamaan boleh hilang kesabaran seseorang manusia dan itulah mainan syaitan durjana itu. Allah S.W.T itu Maha Berkuasa. Kita bermohon perlindungan dan rahmat dariNya.

tunggu ..teruskan membaca!!
Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..

  1. ada kah matanya melilau melihat sekeliling
  2. menangis yang tiada air mata,
  3. menangis seolah seperti di cubit,
  4. menangis dalam keadaan takut,
  5. tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidor di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, berkemungkinan ada gangguan.

Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.

Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.

Kaedah :

Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini
  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wuduk pada bayi.

Petua Ibu Bapa

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Sayangilah Ibu Bapa Kita

Walau segunung permata kita longgokkan di hadapan ibu dan bapa, itu belum cukup untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka..
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
39

NORMA ABDUL HAMID...SAYANG KAT MAK

 AJAIBNYA TANGAN IBU...

Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

Anak-Anakku

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Wallahualam.